Ahad, 14 Oktober 2012

Daulat Tuanku:Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14



 

Seperti yang kita semua sedia maklum, pada tanggal 13 Disember 2011, telah diadakan Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14. Pertama dalam sejarah, Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 ini ditabal buat kali kedua selepas menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-5 pada tahun 1970-1975.


Sultan Kedah iaitu Sultan Abdul Halim Mua'dzam Shah yang sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 akan ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-14 setelah Sultan Mizan Zainal Abidin Al Wathiqu Billah, Sultan Terengganu yang ke-17 telah menamatkan tugasnya sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan kembali ke Terengganu .

3 ulasan: