Pilih jawapan yang paling tepat untuk soalan-soalan berikut : 10 %
1. Siapakah perdana menteri Malaysia yang pertama ?
A. Tun Razak B. Tengku Abdul Raman C. Tun Hussien Onn
2. Berikut adalah makanan tradisional kaum Melayu kecuali
A. Sate B. Kuih Bakul C. Dodol
3. Apakah nama banguna ini ?
A. Menara Kuala Lumpur
B. Menara Kembar Petronas
C. Menara Condong Teluk Intan
4. Apakah kaum yang terbesar di Malaysia ?
A. Kaum India B. Kaum Melayu C. Kaum Cina
5. Apakah nama pakaian yang ditunjukan ?
A. Samfu B. Jubah C. Cheongsam
Jumaat, 14 Disember 2012
KEMAKMURAN NEGARA
Walaupun negara kita terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum namun kita dapat hidup dengan aman dan damai.Ini adalah disebabkan rakyat Malaysia dapat bersatu padu dan hormat-menghormati.
Dengan keamanan dan kedamaian negara maka negara kita dapat menjadi sebuah negara yang makmur.
Dengan keamanan dan kedamaian negara maka negara kita dapat menjadi sebuah negara yang makmur.
Rabu, 5 Disember 2012
Ahad, 11 November 2012
AKTIVITI DI DALAM KELAS
Saya telah mengadakan aktiviti kelas untuk murid-murid saya pada waktu Pendidikan Moral.Mereka telah dibahagikan kepada empat kumpulan untuk menghasilkan folio yang berkaitan dengan kebudayaan kaum Melayu,Cina,dan India serta tempat-tempat menarik di Malaysia.
Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa murid-murid saya sedang menjalani kerja kumpulan di dalam kelas dan hasil kerja mereka.
Murid-murid saya telah menjalani aktiviti dengan bekerjasama.Mereka berasa amat
seronok dalam aktiviti secara berkumpuln ini.Selain itu,mereka juga telah mendapat banyak pengetahuan baharu selepas menghasilkan folio.
Berikut adalah gambar-gambar yang diambil semasa murid-murid saya sedang menjalani kerja kumpulan di dalam kelas dan hasil kerja mereka.
Murid-murid saya telah menjalani aktiviti dengan bekerjasama.Mereka berasa amat
seronok dalam aktiviti secara berkumpuln ini.Selain itu,mereka juga telah mendapat banyak pengetahuan baharu selepas menghasilkan folio.
Khamis, 8 November 2012
KEBUDAYAAN KAUM INDIA
Seperti kaum-kaum yang lain,kum India juga mempunyai unsur pemakaianya yang tersendiri.Kebanyakan masyarakat India di Malaysia merupakan penganut agama Hindu.Amalan pemakaian kaum India berbeza antara etnik dan ras. Dimana
sesuatu cara pemakaian dapat menonjolkan etnik dan ras sekumpulan
masyarakat. Begitu juga dengan amalan adat resam mereka pun berlainan
juga.
Pakaian warga perempuan
Sari
merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai oleh semua kalangan orang
India. Sari diubahsuai untuk menjadi pakaian kepada golongan kanak-kanak
dan remaja. Sari juga dipakai mengikut kehendak dan ia dapat
menunjukkan kumpulan keturunan seseorang wanita India. Berikut adalah
beberapa contoh dalam cara pemakaian sari.
Etnik Telugu
Etnik Tamil
Etnik Malayaalam
Etnik Desa
Etnik Brahmin
PAKAIAN WARGA LELAKI
Dhoti
merupakan pakaian tradisional orang lelaki dalam kaum India. Dhoti juga
merupakan hasil tenunan yang ditenun menggunakan benang kapas ( Cotton )
dan ada juga dhoti yang ditenun khas dengan benang silk. Pemakaian
dhoti juga mempunyai pelbagai cara. Berikut adalah contoh
pemakaian dhoti.
S
Tosai
ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa,
dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri
daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang
dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat
Malaysia terutamanya kaum India. Makanan tradisional ini
berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan
malam.
Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk smpingan seperti sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam dan daging kambing.Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng
sehingga ranggup.
Idli
juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya,
sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun
sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari
buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan
nasi.
Murukku
juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan
chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan
utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di
mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat
lazat dan senang untuk disediakan.
Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin.
Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin.
Permainan Tradisional Kaum India
Kho-kho
merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum
India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya
dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India
mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu
permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan
mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan
kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak
peserta-peserta lain.
Mridangam merupakan antara instrumen utama dalam industri muzik klasik masyarakat India sejak turun temurun.Mridangam terbit daripada dua perkataan bahasa sanskrit iaitu Mrid yang membawa maksud lempung dan Ang adalah badan. alat tradisional itu ditemui dalam muzik karnatik sangget sebelum
kewujudan tabla iaitu sejenis gendang yang terkenal dan diguna secara
meluas dalam cabang muzik klasik hindustani sejak dahulu.
Genderang panjang yang 'bermuka' dua itu dikatakan turut mengambil
tempat dalam upacara ritual dan persembahan tarian klasik masyarakat
selatan India iaitu barathanatyam.
Kabadi
ialah sejenis permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India.
Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas
di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa
Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan
Maharasutran di India Dalam satu permainan, 2 pasukan
dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang
digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola
keranjang).
Alat Muzik Tradisional Kaum India
Kanjira
termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai bentuk yang
seakan-akan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri daripada rangka
bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7 hingga
9 inci diameternya dengan kedalaman 2 hingga 4 inci dalamnya. Juga
berfungsi seakan-akan alat muzik kompang atau tar disesetengah tempat.
Chende digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala.
Alat muzik ini dipersembahkan
dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam dalam
bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Chenda
digantung pada pemain gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian
atas gendang yang dibaluti kulit itu. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul
untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. Chenda terbahagi kepada 3
jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai variasi), Veeku
Chenda (untuk memainkan irama asas) dan Acchan Chenda.
Mrdangam
dimainkan dengan meletakkannya secara selari di atas lantai. Pemain
akan memalu permukaan yang kecil dengan tangan kanan, manakala memalu
permukaan besar dengan tangan kiri. Mridangam diletakkan di atas kaki
kanan dan buku lali.Kaki kanan dilunjurkan sedikit manakala kaki kiri
akan dibengkokkan dan diletakkan pada rangka badan mridangam serta
bertentangan dengan badan pemain.
Nadaswaram
merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik
ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang
mempunyai bunyi terkuat didunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan
dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki
saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan
loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau
logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang
terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal
bunyi.
Venu diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada
alat muzik yang tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke
dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada
venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Venu berkait rapat
dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat
ini dibibirnya. Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua
setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti suara manusia. Dalam
memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting dalam menutup dan
membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam
persembahan berdasarkan muzik raga.
Alat
muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Ianya
dinamakan sebagai saraswati veena kerana mengambil sempena nama Tuhan
Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini
dan terkenal dalam masyarakat India. Selain alat muzik saraswati veena,
terdapat 2 lagi alat muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra
Veena dan Rudra Veena yang mana kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam
persembahan klasik Hindu, namun begitu hanya alat muzik saraswati veena
sahaja digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India.
Selasa, 6 November 2012
Perayaan Tradisional Kaum Cina
Setiap tahun kaum Cina akan meraikan pelbagai perayaan.Antaranya adalah seperti Tahun Baru Cina, Chop Go Mei,Pesta Tanglung,Cheng Meng dan lain-lain lagi.
TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar bagi kaum Cina.Warna merah dan kuning akan diguna pakai sempena Tahun Baru Cina. Ini kerana warna-warna tersebut memberikan tuah, kekayaan, kesejahteraan, kesihatan baik, kekayaan, kemakmuran dan makna simbolik yang baik kepada seseorang baik.
PESTA TANGLUNG
Pesta Tanglung dan kuih bulan yang menjadi tradisi perayaan masyarakat Cina bukan saja diraikan oleh bangsa Cina malah turut mendapat sambutan semua bangsa.
CHENG MENG
Cheng Ming maksudnya Jernih dan Terang. Hari ChEng Ming biasanya jatuh pada 4HB April pada setiap tahun. Kebanyakkan perayaan Cina mengikut kalendar bulan Cina tetapi Cheng Ming mengikut kalendar matahari (gregorian calendar).
TAHUN BARU CINA
Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar bagi kaum Cina.Warna merah dan kuning akan diguna pakai sempena Tahun Baru Cina. Ini kerana warna-warna tersebut memberikan tuah, kekayaan, kesejahteraan, kesihatan baik, kekayaan, kemakmuran dan makna simbolik yang baik kepada seseorang baik.
PESTA TANGLUNG
Pesta Tanglung dan kuih bulan yang menjadi tradisi perayaan masyarakat Cina bukan saja diraikan oleh bangsa Cina malah turut mendapat sambutan semua bangsa.
CHENG MENG
Cheng Ming maksudnya Jernih dan Terang. Hari ChEng Ming biasanya jatuh pada 4HB April pada setiap tahun. Kebanyakkan perayaan Cina mengikut kalendar bulan Cina tetapi Cheng Ming mengikut kalendar matahari (gregorian calendar).
Alat Muzik Tradisional Kaum Cina
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari
kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya
mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari
seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan
pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.
Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu
tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat
daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul.
Biasanya, gong digunkan dalam muzik keroncong untuk dijadikan penanda
masa ataupun tempoh rentak.
Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik
instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya
jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan
solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam
permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.
Alat Muzik bertali yang bernama rebab menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali
daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan
berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan
liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada
perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah
ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil “susu”. Disisi bahagian
atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan
jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya
berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung’. Lehernya memanjang ke bawah
menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana
alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi
diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek
dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat
daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.
2012 World HK Dragon Dance & Lion Dance Association
Tari Singa dan Tarian Naga dari Kun Seng Keng,Malaysia.
KEBUDAYAAN KAUM CINA
PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA
Pakaian tradisional yang terkenal dalam kalangan wanita kaum Cina ialah Cheong Sam. Cheong Sam diperkenalkan semenjak revolusi Negara China pada tahun 1911 dan ia membawa maksud ‘baju labuh’ dalam dialek kantonis. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Lazimnya, Cheong Sam mempunyai leher yang tinggi, butang pada bahagian bahu, bentuk yang sendat pada pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Cheong Sam biasanya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut. Cheong Sam merupakan baju yang angggun serta sering dilihat semperna Tahun Baru Cina.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA
Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol
Dim
sum bukan sahaja makanan kukus tetapi ia juga merangkumi
makanan-makanan yang digoreng seperti gambar yang ditunjukkan diatas.
Terdapat juga pelbagai roti atau bun kecil yang dihidangkan.
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA
Pakaian tradisional yang terkenal dalam kalangan wanita kaum Cina ialah Cheong Sam. Cheong Sam diperkenalkan semenjak revolusi Negara China pada tahun 1911 dan ia membawa maksud ‘baju labuh’ dalam dialek kantonis. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Lazimnya, Cheong Sam mempunyai leher yang tinggi, butang pada bahagian bahu, bentuk yang sendat pada pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Cheong Sam biasanya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut. Cheong Sam merupakan baju yang angggun serta sering dilihat semperna Tahun Baru Cina.
Pakaian
Jubah Labuh merupakan lagi satu jenis baju tradisional yang biasa
dipakai oleh lelaki bangsa Cina semasa Tahun Baru Cina. Kebanyakannya
masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan perak.
Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia
merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'.
Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak
bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu.
MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA
Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi orang China, khususnya orang China utara. Disebab bentuknya seperti “Yuanbao”, sejenis wang emas atau perak pada
zaman dahulu, maka memakan Jiaozi juga melambangkan “duit datang”.
Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol
Char Kway Teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat
daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas
api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan
kucai Cina.
Yu Sang merupakan makanan
tradisi yang cukup sinonim dengan kaum Cina pastinya menjadi pilihan
sebagai hidangan utama ketika makan besar pada petang sebelum sambutan
perayaan Tahun Baru Cina.
Ini
merupakan Chee Cheong Fun. Ia juga salah satu makanan tradisional Dim
Sum.Chee cheong fun diliputi dengan kicap dan cili.Terdapat juga udang
dalam chee cheong fun.
PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA
Permainan
tradisional bagi orang Cina pula adalah seperti yo-yo Cina, mahjong,
Xiang Qi (catur Cina) dan lain-lain. Antara permainan yang terkenal
sekarang adalah Xiang Qi. Xiang Qi merupakan satu permainan yang berasal
dari purba China, iaitu kira-kira tahun 569 sebelum Masihi ke-4 pada
zaman masyarakat Feudal. Melalui catatan yang rasmi, catur Cina ini
telah muncul pada zaman berperang di China. Sebelum Dinasti Qin, ia
berevolusi dari sejenis judi dan berubah kepada sejenis Catur Enam yang
terkenal pada penghujung zaman berperang Chunqiu pada tahun 770 sehingga
tahun 476 sebelum Masihi ke-4. Menurut buku purba China pada zaman
Dinasti Song, Xiang Qi merupakan sejenis permainan yang tidak mempunyai
peraturannya
Xiang Qi ( Catur Cina )
Mahjong
Yoyo Cina
Langgan:
Catatan (Atom)