Selasa, 6 November 2012

Perayaan Tradisional Kaum Cina

Setiap tahun kaum Cina akan meraikan pelbagai perayaan.Antaranya adalah seperti Tahun Baru Cina, Chop Go Mei,Pesta Tanglung,Cheng Meng dan lain-lain lagi.

TAHUN BARU CINA

Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang terbesar bagi kaum Cina.Warna merah dan kuning akan diguna pakai sempena Tahun Baru Cina. Ini kerana warna-warna tersebut memberikan tuah, kekayaan, kesejahteraan, kesihatan baik, kekayaan, kemakmuran dan makna simbolik yang baik kepada seseorang baik.




PESTA TANGLUNG
Pesta Tanglung dan kuih bulan yang menjadi tradisi perayaan masyarakat Cina bukan saja diraikan oleh bangsa Cina malah turut mendapat sambutan semua bangsa.



CHENG MENG
Cheng Ming maksudnya Jernih dan Terang. Hari ChEng Ming biasanya jatuh pada 4HB April pada setiap tahun. Kebanyakkan perayaan Cina mengikut kalendar bulan Cina tetapi Cheng Ming mengikut kalendar matahari (gregorian calendar).





Alat Muzik Tradisional Kaum Cina

Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.

 Gong adalah alat muzik yang kerap digunakan dalam muzik Melayu tradisional. Sebenarnya, gong adalah sebuah alat muzik yang diperbuat daripada logam dan bunyi yang disuarakan adalah hasil pukulan tukul. Biasanya, gong digunkan dalam muzik keroncong untuk dijadikan penanda masa ataupun tempoh rentak.
Yangqin atau dikenal sebagai dulsimer merupakan sejenis alat muzik instrumen pukulan yang sentiasa dimainkan oleh rakyat China. Suaranya jelas lagi terang. Alat muzik tersebut boleh digunakan dalam permainan solo, paduan suara atau opera, ia menduduki tempat penting dalam permainan alat-alat muzik dan orkestra instrumen China.

Alat Muzik bertali yang bernama rebab menggunakan penggesek dan mempunyai tiga utas tali daripada dawai logam. Lazimnya badan dibuat daripada kayu nangka dan berongga di bahagian dalam. Bentuk badannya lebar di bahagian atas dan liras sedikit ke bawah. Dadanya ditutup dengan kulit diperbuat daripada perut lembu yang dikeringkan. Busut kecil yang dibuat dari lilin lebah ditampal pada sebelah kiri dadanya dipanggil “susu”. Disisi bahagian atas lehernya dipasang pemulas bagi melaras suaranya. Leher atau papan jari dipasang pada bahagian atas badannya. Pada bahagian atas kepalanya berukiran dan dipanggil `Pucuk Rebung’. Lehernya memanjang ke bawah menerusi badan dan hujungnya menjadi pancang dibahagian bawah di mana alat itu diletakkan berdiri bila ia dimainkan. Kayu kekuda titian tadi diletak pada tengah dadanya dan boleh diubah kedudukannya. Penggesek dibuat dari kayu dan melengkong sedikit. Tali penggesek ialah urat daripada selapuk balutan mayang kelapa dan kini digunakan tali tangsi.


1 ulasan: