Khamis, 8 November 2012

KEBUDAYAAN KAUM INDIA


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM INDIA

Seperti kaum-kaum yang lain,kum India juga mempunyai unsur pemakaianya yang tersendiri.Kebanyakan masyarakat India di Malaysia merupakan penganut agama Hindu.Amalan pemakaian kaum India berbeza antara etnik dan ras. Dimana sesuatu cara pemakaian dapat menonjolkan etnik dan ras sekumpulan masyarakat. Begitu juga dengan amalan adat resam mereka pun berlainan juga.

Pakaian warga perempuan
Sari merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai oleh semua kalangan orang India. Sari diubahsuai untuk menjadi pakaian kepada golongan kanak-kanak dan remaja. Sari juga dipakai mengikut kehendak dan ia dapat menunjukkan kumpulan keturunan seseorang wanita India. Berikut adalah beberapa contoh dalam cara pemakaian sari. 
Etnik Telugu



Etnik Tamil




Etnik Malayaalam
Etnik Desa

Etnik Brahmin

PAKAIAN WARGA LELAKI
Dhoti merupakan pakaian tradisional orang lelaki dalam kaum India. Dhoti juga merupakan hasil tenunan yang ditenun menggunakan benang kapas ( Cotton ) dan ada juga dhoti yang ditenun khas dengan benang silk. Pemakaian dhoti juga mempunyai pelbagai cara. Berikut adalah  contoh pemakaian dhoti.

 




S


Makanan Tradisional Kaum India

Tosai ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa, dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat Malaysia terutamanya kaum India. Makanan tradisional ini berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan malam.
Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk smpingan seperti sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam dan daging kambing.Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng sehingga ranggup.


Idli juga berasal dari India.Idli mempunyai banyak jenis. Contohnya, sanna,rave atau sambar idli.Ia dimakan sebagai sarapan pagi ataupun sebagai makanan ringan.Makanan ini sering dihidang dengan sambal dari buah-buahan,sambar dan lain-lain.Bahan utamanya ialah vigna mungo dan nasi.

  Murukku juga mempunyai nama-nama lain. Nama lain murukku ialah chakli dan chakri.Makanan tradisional ini juga berasal dari negara India.Bahan utama murukku ialah urad dan tepung beras.Murukku boleh didapati di mana-mana sahaja dan dihidangkan sebagai makanan ringan.Murukku amat lazat dan senang untuk disediakan.
Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin.


 Permainan Tradisional Kaum India


Kho-kho merupakan satu permainan tradisional yang popular di kalangan kaum India. Permainan yang berasal dari Maharashtra ini pada mulanya dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakan ahli sejarah India mengatakan bahawa Kho-Kho merupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan 'Lari dan kejar' di mana seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Permainan kho-kho ini memerlukan kecergasan fizikal pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk megelak peserta-peserta lain.

Mridangam merupakan antara instrumen utama dalam industri muzik klasik masyarakat India sejak turun temurun.Mridangam terbit daripada dua perkataan bahasa sanskrit iaitu Mrid yang membawa maksud lempung dan Ang adalah badan. alat tradisional itu ditemui dalam muzik karnatik sangget sebelum kewujudan tabla iaitu sejenis gendang yang terkenal dan diguna secara meluas dalam cabang muzik klasik hindustani sejak dahulu.
 Genderang panjang yang 'bermuka' dua itu dikatakan turut mengambil tempat dalam upacara ritual dan persembahan tarian klasik masyarakat selatan India iaitu barathanatyam.


 Kabadi ialah sejenis permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran di India Dalam satu permainan, 2 pasukan dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola keranjang). 

 Alat Muzik Tradisional Kaum India

Kanjira termasuk dalam keluarga tamborin. Alat ini mempunyai bentuk yang seakan-akan sama dengan alat tamborin barat yang terdiri daripada rangka bulat diperbuat daripada kayu pokok nangka sepanjang kira-kira 7 hingga 9 inci diameternya dengan kedalaman 2 hingga 4 inci dalamnya. Juga berfungsi seakan-akan alat muzik kompang atau tar disesetengah tempat.


Chende digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala. Alat muzik ini dipersembahkan dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam dalam bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Chenda digantung pada pemain gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian atas gendang yang dibaluti kulit itu. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. Chenda terbahagi kepada 3 jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai variasi), Veeku Chenda (untuk memainkan irama asas) dan Acchan Chenda.

 Mrdangam dimainkan dengan meletakkannya secara selari di atas lantai. Pemain akan memalu permukaan yang kecil dengan tangan kanan, manakala memalu permukaan besar dengan tangan kiri. Mridangam diletakkan di atas kaki kanan dan buku lali.Kaki kanan dilunjurkan sedikit manakala kaki kiri akan dibengkokkan dan diletakkan pada rangka badan mridangam serta bertentangan dengan badan pemain.
  
 
 Nadaswaram merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang mempunyai bunyi terkuat didunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal bunyi.



                                   
Venu diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada alat muzik yang tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Venu berkait rapat dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat ini dibibirnya. Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti suara manusia. Dalam memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting dalam menutup dan membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam persembahan berdasarkan muzik raga.



Alat muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Ianya dinamakan sebagai saraswati veena kerana mengambil sempena nama Tuhan Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini dan terkenal dalam masyarakat India. Selain alat muzik saraswati veena, terdapat 2 lagi alat muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra Veena dan Rudra Veena yang mana kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam persembahan klasik Hindu, namun begitu hanya alat muzik saraswati veena sahaja digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India.


 

4 ulasan: