Selasa, 6 November 2012

KEBUDAYAAN KAUM CINA

PAKAIAN TRADISIONAL KAUM CINA




Pakaian tradisional yang terkenal dalam kalangan wanita kaum Cina ialah Cheong Sam. Cheong Sam diperkenalkan semenjak revolusi Negara China pada tahun 1911 dan ia membawa maksud ‘baju labuh’ dalam dialek kantonis. Baju ini asalnya labuh tetapi lama-kelamaan disingkatkan hingga ke paras lutut. Lazimnya, Cheong Sam mempunyai leher yang tinggi, butang pada bahagian bahu, bentuk yang sendat pada pinggang dan belahan di kiri dan kanan kain. Cheong Sam biasanya diperbuat daripada kain sutera, satin dan lain-lain jenis kain lembut. Cheong Sam merupakan baju yang angggun serta sering dilihat semperna Tahun Baru Cina


  
 Pakaian Jubah Labuh merupakan lagi satu jenis baju tradisional yang biasa dipakai oleh lelaki bangsa Cina semasa Tahun Baru Cina. Kebanyakannya masih dihasilkan dari negeri China menggunakan fabrik sutera dan broked yang berwarna terang dengan ragam hias benang emas dan perak.


Samfoo membawa maksud 'baju dan seluar' dalam dialek Kantonis. Ia merupakan pakaian harian wanita keturunan Cina selain dari 'cheong sam'. Samfoo diperbuat daripada kain nipis yang tidak bercorak atau berbunga halus.
Samfoo turut dipakai oleh lelaki berketurunan Cina tetapi mempunyai sedikit perbezaan dengan samfoo yang dipakai oleh wanita Cina. Pakaian ini terdiri daripada baju yang longgar dan terbelah di depan dan berkolar tinggi serta dipakai bersama seluar longgar seperti seluar baju Melayu. 

 MAKANAN TRADISIONAL KAUM CINA



Jiaozi ialah sejenis makanan yang sangat popular bagi orang China, khususnya orang China utara. Disebab bentuknya seperti “Yuanbao”, sejenis wang emas atau perak pada zaman dahulu, maka memakan Jiaozi juga melambangkan “duit datang”.

  
 Kuih Bakul atau Nian Gao atau kuih Tahun Baru Cina ialah makanan Cina yang diperbuat daripada tepung pulut berbentuk seperti dodol




Char Kway Teow merupakan makanan yang popular di Malaysia . Ia diperbuat daripada kuey teow (shāhé fěn dalam Cina Mandarin), digoreng di atas api panas dengan kicap dan sos, cili, udang, kerang, telur, tauge dan kucai Cina.

Yu Sang merupakan makanan tradisi yang cukup sinonim dengan kaum Cina pastinya menjadi pilihan sebagai hidangan utama ketika makan besar pada petang sebelum sambutan perayaan Tahun Baru Cina.


Dim sum bukan sahaja makanan kukus tetapi ia juga merangkumi makanan-makanan yang digoreng seperti gambar yang ditunjukkan diatas. Terdapat juga pelbagai roti atau bun kecil yang dihidangkan.








Ini merupakan Chee Cheong Fun. Ia juga salah satu makanan tradisional Dim Sum.Chee cheong fun diliputi dengan kicap dan cili.Terdapat juga udang dalam chee cheong fun.


PERMAINAN TRADISIONAL KAUM CINA 

Permainan tradisional bagi orang Cina pula adalah seperti yo-yo Cina, mahjong, Xiang Qi (catur Cina) dan lain-lain. Antara permainan yang terkenal sekarang adalah Xiang Qi. Xiang Qi merupakan satu permainan yang berasal dari purba China, iaitu kira-kira tahun 569 sebelum Masihi ke-4 pada zaman masyarakat Feudal. Melalui catatan yang rasmi, catur Cina ini telah muncul pada zaman berperang di China. Sebelum Dinasti Qin, ia berevolusi dari sejenis judi dan berubah kepada sejenis Catur Enam yang terkenal pada penghujung zaman berperang Chunqiu pada tahun 770 sehingga tahun 476 sebelum Masihi ke-4. Menurut buku purba China pada zaman Dinasti Song, Xiang Qi merupakan sejenis permainan yang tidak mempunyai peraturannya
 
   Xiang Qi ( Catur Cina )
 Mahjong

 Yoyo Cina

 

2 ulasan:

  1. wah, cantiknya blog cikgu. Tambahan pula maklumat yang dipaparkan memang memanfaatkan. Saya telah mempelajari sesuatu yang baru dan lebih memahami tentang kebudayaan dan adat resam kaum Melayu, Cina dan India. Terima kasih.

    BalasPadam