Ahad, 4 November 2012

Kebudayaan Kaum Melayu


PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU


Baju Melayu ialah pakaian tradisional dan kebangsaan lelaki Melayu. Pakaian ini terdiri daripada baju teluk belanga atau baju cekak musang dengan seluar panjang serta dilengkapi samping dan songkok. Baju Melayu biasanya dipakai sebagai pakaian harian terutamanya untuk bersembahyang dan untuk ke pejabat pada hari Jumaat, untuk majlis formal, dan sebagai pakaian adat.
 Baju kurung adalah pakaian tradisional wanita Melayu di Malaysia. Walaupun, di dalam zaman moden yang dipenuhi dengan pelbagai fesyen dari barat dan timur, namun baju kurung tetap menjadi suatu kemestian bagi wanita Melayu di Malaysia. Baju kurung apabila dikenakan dengan  aksesori seperti tudung atau selendang, kasut dan beg yang sesuai, membuatkan si wanita tampak ayu, manis, sopan dan santun seperti seorang wanita melayu tulen.
Walaupun dikenali sebagai pakaian tradisional yang di pakai oleh wanita Melayu, namun pemakaiannya tidak terbatas hanya kepada perempuan Melayu sahaja. Bangsa lain di Malaysia seperti bangsa Cina, India dan lain-lain juga kelihatan cantik memakai baju kurung.


 Baju Kebaya adalah pakaian tradisional yang dikenakan oleh wanita Indonesia dan Malaysia yang dibuat dari kain kasa yang dikenakan dengan sarung, batik, atau pakaian tradisional yang lain seperti songket dengan motif warna-warni.



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj3XYqBe-zjIj9cFS3MZ1IfjqvZ8ITNi1sb3C7CGCixGO2jOjTq_deXT9g2SbjB5cULLApPYZkEMKpSvFpPG2fIsnzMDjJ612X7BxeJoFcEhvO4STMladHnsbr-ys6c3yqk_VUY598NF7g/s1600/baju+kebarung.jpgKebarung adalah kombinasi dari baju kebaya dan baju kurung. Baju kebarung seperti kebaya, tetapi itu longgar seperti baju kurung, itulah sebabnya disebut baju kebarung. Baju Kebarung sebenarnya tidak salah satu pakaian tradisional masyarakat Melayu.








Walaupun Jubah tidak benar berasal daripada Malaysia.
Jubah ialah sejenis pakaian yang menyembunyikan bentuk badan. Jubah sebetulnya berasal dari Arab .






MAKANAN TRADISIONAL KAUM MELAYU


Dodol adalah sejenis makanan yang boleh dikategorikan dalam kumpulan makanan yang manis (atau manisan/penganan).Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat dodol terdiri daripada santan kelapa, tepung beras, gula pasir, gula melaka dan garam.

Lemang merupakan sejenis masakan tradisi yang disukai ramai.
Lemang sering dihidangkan bersama rendang atau serunding.Lemang diperbuat daripada beras pulut dan santan yang dimasukkan ke dalam ruas buluh yang dilapik dengan daun pisang, sebelum dibakar sehingga masak.
 

Nasi lemak merupakan makanan kegemaran bagi orang Malaysia dan Singapura terutama sebagai sarapan pada waktu pagi. Nasi lemak merujuk kepada nasi yang dimasak dengan menggunakan santan kelapa, bagi menambah rasa lemaknya. Kadangkala daun pandan dimasukkan semasa nasi lemak dimasak bagi menambahkan aromanya.
Nasi lemak biasanya dihidangkan dengan telur, timun, ikan bilis goreng ,kacang goreng dan sambal. Tetapi kini nasi lemak dijual dengan pelbagai lauk seperti daging, ayam, sotong, udang,dan sebagainya.

Petai sambal udang kering merupakan sejenis hidangan yang amat digemari oleh masyarakat Malaysia.Hidangan ini cukup mudah disediakan dan sememangnya membuka selera.
Rendang adalah masakan tradisional bersantan dengan daging lembu sebagai bahan utamanya dan disediakan dengan santan, lada, bawang, daun kunyit, daun limau purut dan kerisik. Rendang sesuai dihidangkan sebagai lauk, dimana ia dimakan dengan lemang, nasi, pulut kuning atau pulut kunyit, ketupat palas atauketupat pulut, ketupat nasi, roti atau diratah makan begitu saja. Kebanyakkan bahagian daging lembu yang digunakan untuk membuat rendang ialah daging batang pinang. Rasa dagingnya yang lembut dan sedap. Rendang amat popular dan disajikan sebagai hidangan pada hari-hari perayaan seperti Aidilfitri dan Aidiladha mahupun disaji pada kenduri-kenduri seperti tamat berzanji, majlis perkahwinan, majlis berkatan atau bersunat, kenduri doa selamat, kenduri harijadi dan sebagainya

 
Ketupat ialah sejenis hidangan daripada nasi atau pulut yang dibungkus dengan daun kelapa dan direbus dalam periuk yang terkenal di MalaysiaKetupat biasanya dihidangkan semasa hari raya sahaja iaitu pada Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji. Ia biasanya dihidangkan dengan rendang dan serunding serta kuah kacang. Namun kini, ketupat turut dihidangkan dengan sate


Tapai ialah sejenis penganan yang dibuat daripada pulut. Terdapat 2 jenis tapai iaitu tapai ubi dan tapai pulut. Biasanya tapai pulut lebih popular jika dibandingkan dengan tapai ubi.Bahan-bahan untuk membuat tapai tidaklah terlalu rumit. Tapai pulut memerlukan bahan seperti pulut, ragi dan sedikit gula. Kemudiannya akan dibungkus sedikit-sedikit dengan menggunakan daun yang disebut sebagai daun tapai.




ALAT MUZIK TRADISIONAL KAUM MELAYU

 Gamelan
 Gong

Rebana

Lempong

PERMAINAN TRADISIONAL KAUM MELAYU


Dikir



Gasing
Kuda Kepang
  


 
Serembat

Wau
Sepak Takraw

       Congkak
Silat

                                                                        Zapin
                         
PERAYAAN TRADISIONAL KAUM MELAYU

                                       


 Hari Raya Aidilfitri (Bahasa Arab: عيد الفطر‎; 'Ayd al-Fiṭr; "perayaan fitrah") disambut pada 1 Syawal tahun Hijrah. Perayaan tersebut juga dikenali sebagai Hari Raya Puasa, Hari Raya Fitrah, dan Hari Lebaran. Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia tidak kira bangsa sama ada Melayu,India-Muslim dan lain-lain bangsa di seluruh dunia yang beragama Islam bagi menandakan berakhirnya bulan Ramadhan yang mana umat Islam telah menjalani ibadat puasa dengan tekun. Ia merupakan antara dua perayaan terbesar bagi umat Islam, selain Hari Raya Korban.

                                                            

 Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah, semua hari-hari ini dipanggil Hari Tasyrik.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s. dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail a.s. dalam memenuhi perintah Allah SWT.

1 ulasan: