Seperti kaum-kaum yang lain,kum India juga mempunyai unsur pemakaianya yang tersendiri.Kebanyakan masyarakat India di Malaysia merupakan penganut agama Hindu.Amalan pemakaian kaum India berbeza antara etnik dan ras. Dimana
sesuatu cara pemakaian dapat menonjolkan etnik dan ras sekumpulan
masyarakat. Begitu juga dengan amalan adat resam mereka pun berlainan
juga.
Pakaian warga perempuan
Sari
merupakan pakaian tenunan khas yang dipakai oleh semua kalangan orang
India. Sari diubahsuai untuk menjadi pakaian kepada golongan kanak-kanak
dan remaja. Sari juga dipakai mengikut kehendak dan ia dapat
menunjukkan kumpulan keturunan seseorang wanita India. Berikut adalah
beberapa contoh dalam cara pemakaian sari.
Etnik Telugu

Etnik Tamil
Etnik Malayaalam

Etnik Desa


Etnik Brahmin
PAKAIAN WARGA LELAKI
Dhoti
merupakan pakaian tradisional orang lelaki dalam kaum India. Dhoti juga
merupakan hasil tenunan yang ditenun menggunakan benang kapas ( Cotton )
dan ada juga dhoti yang ditenun khas dengan benang silk. Pemakaian
dhoti juga mempunyai pelbagai cara. Berikut adalah contoh
pemakaian dhoti.

S
Tosai
ini mempunyai banyak nama lain. Tosai juga dikenali sebagai dosa,
dosay, dose, dosai, dhosha, thosai ataupun chakuli.Tosai juga terdiri
daripada pelbagai jenis seperti tosai telur, tosai cili, tosai bawang
dan sebagainya. Makanan tradisional ini sering dimakan oleh rakyat
Malaysia terutamanya kaum India. Makanan tradisional ini
berasal dari India.Tosai dimakan sebagai sarapan pagi atau makan
malam.
Tosai dimakan dengan pelbagai jenis lauk smpingan seperti sambar,sambal dari buah-buahan,acar india,kari ayam dan daging kambing.Di dalam tosai,ia diisi dengan kentang dan bawang yang telah di goreng
sehingga ranggup.


Murukku dapat dibuat dengan pelbagai perasa seperti cili,asafoetida,ajawain dan cumin.

Permainan Tradisional Kaum India


Genderang panjang yang 'bermuka' dua itu dikatakan turut mengambil
tempat dalam upacara ritual dan persembahan tarian klasik masyarakat
selatan India iaitu barathanatyam.
Kabadi
ialah sejenis permainan yg dibentuk dalam permainan tradisional India.
Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar dengan meluas
di Tenggara Asia, Jepun, dan Iran. Ia adalah permainan bangsa
Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan
Maharasutran di India Dalam satu permainan, 2 pasukan
dibentuk yang mana terdiri daripada tujuh pemain. Gelanggang yang
digunakan adalah 12.5m x 10m (separuh daripada gelanggang bola
keranjang).
Alat Muzik Tradisional Kaum India

Chende digunakan dalam aktiviti kesenian dan keagamaan di negeri Kerala.
Alat muzik ini dipersembahkan
dengan iringan alat-alat muzik lain seperti Khatali, Koodiyattam dalam
bentuk tarian dan aktiviti-aktiviti pemujaan di negeri Kerala. Chenda
digantung pada pemain gendang supaya ia tergantung tegak dengan bahagian
atas gendang yang dibaluti kulit itu. Pemain menggunakan 2 kayu pemukul
untuk memukul bahagian atas gendang tersebut. Chenda terbahagi kepada 3
jenis iaitu: Uruttu Chenda (untuk bermain pelbagai variasi), Veeku
Chenda (untuk memainkan irama asas) dan Acchan Chenda.

Nadaswaram
merupakan alat muzik klasik yang terkenal di selatan India. Alat muzik
ini tergolong dalam keluarga erofon atau tiupan bukan loyang yang
mempunyai bunyi terkuat didunia. Alat muzik ini mempunyai persamaan
dengan alat tiupan Shehnai yang terdapat di utara India tetapi memiliki
saiz yang lebih besar dengan badannya diperbuat daripada kayu teguh dan
loceng yang besar. Alat ini juga ada yang diperbuat daripada kayu atau
logam, mempunyai tujuh lubang pada badannya, dan lima lubang yang
terdapat pada bahagian bawahnya yang dianggap sebagai lubang pengawal
bunyi.


Venu diperbuat daripada buluh dan merupakan salah satu daripada
alat muzik yang tertua di India. Untuk memainkan alat muzik ini, jari ke
dua-dua tangan digunakan untuk menutup dan membuka lubang pada
venu. Venu ini boleh didapati dalam pelbagai saiz. Venu berkait rapat
dengan Tuhan Hindu Krishna yang selalu digambarkan sedang memainkan alat
ini dibibirnya. Alat muzik venu ini boleh menghasilkan bunyi dua
setengah oktaf yang bersifat monofoni seperti suara manusia. Dalam
memainkan alat muzik ini, jari amat berperanan penting dalam menutup dan
membuka lubang agar menghasilkan bunyi yang menarik dan penting dalam
persembahan berdasarkan muzik raga.
Alat
muzik ini tergolong dalam klasifikasi alat muzik bertali India. Ianya
dinamakan sebagai saraswati veena kerana mengambil sempena nama Tuhan
Hindu Saraswati yang selalu digambarkan sedang bermain alat muzik ini
dan terkenal dalam masyarakat India. Selain alat muzik saraswati veena,
terdapat 2 lagi alat muzik veena yang terkenal di India iaitu Vichitra
Veena dan Rudra Veena yang mana kedua-dua alat muzik ini dimainkan dalam
persembahan klasik Hindu, namun begitu hanya alat muzik saraswati veena
sahaja digunakan dalam persembahan muzik karnatak di India.
Bagus !
BalasPadamTerima kasih kerana membolehkan saya lebih memahami tentang kebudayaan kaum India.
BalasPadamNice blog!
BalasPadamHebat kau!
BalasPadam